MAJIN'S PERSONAL PAGE
/ Home / Browse Pages / Profile of Majin / Personal Page
1 K elihatan penuntut-penuntut berpusu-pusu keluar dari dewan kuliah. Kebanyakannya lega setelah dapat menghirup udara di luar. Dan setelah Prof. Badar meninggalkan kelas. Subjek yang susah ditambah lagi dengan Prof. Badar yang terkenal dengan sikapnya yang strict sememangnya tidak digemari oleh kebanyakan penuntut. Dan selalunya, Setelah pensyarah tersebut keluar, pasti penuntut akan merungut-rungut. Dua orang penuntut yang keluar pun turut merungut. “Ya ALLAH! Banyaknya assignment minggu ni! Menyusahkan betul!” ujar Farina. “Relax lah Far! Bukan kau seorang yang merasa,” rungut Niara. “Macam mana nak relax? Assignment bertimbunan ha kat bilik aku tu! Tak ada masa nak rehat langsung. Exam final pun dah dekat. Sebulan dua lagi! Mana nak siapkan assignment, nak revise lagi! Grr…rasanya macam nak report je kat pejabat!” “Macam mana nak report? Prof. Badar tu dah lah ketua guru disiplin, paling dekat dengan principal kita pula tu!” Farina hanya diam. Betul juga. Hii…menyusahkan! “Sudahlah, Far! Sekarang cocentrate kat exam je! Yang lain tu, biarlah! Lagipun, tak lama lagi, lepas exam, cuti! Tunggu result, Kau tu yang sengaja menyusahkan kepala otak kau tu!” Niara menunjuk kepala Farina. “Yalah! Yalah! Mulut mengalahkan nenek aku!” kata Farina sambil mencubit pipi Niara. “Aduh..sakit! Ish kau ni…pipi aku je yang jadi mangsa,”rungut Niara sambil menggosok pipinya. “Okey! Aku cubit hidung kau jelah!” “Janganlah!” Belum sempat Nia menepis, tangan Farina sudah menarik hidung Niara. “ “Hai Far, Nia! What’s up?” “Atap,” balas Niara dengan selamba. “Apahal kau datang, Zarul?” “Korang ni macam tak nak aku kat sini je.” Zarul bersuara seolah-olah merajuk. “Memang pun.” Farina berpaling kearah Zarul.”Eleh…merajuklah tu.” Niara memerhatikan Zarul. “Far, baik kau pujuk dia. Ini salah satu latihan yang bagus sebelum korang bersama nanti,” Niara mengusik. Sejak beberapa hari yang lalu dia mula yakin dengan jangkaannya. Yakin bahawa Zarul memang ada hati dengan Farina. “Eh, apa ni?! Siapa pulak yang nak bersama dengan dia? Tolong sikit, eh!” Wajah Farina menjadi masam. “Ni…orang sebelah aku ni.” Zarul menunjuk Farina. “Wei! Apa ni!” Farina memukul lengan Zarul.”Hish!” “Aduh! Orang gurau jelah!” ujar Zarul sambil menggosok lengannya. Aku tak berguraulah! Aku memang serius terhadap dirimu, Myza Farina. Tapi kata-kata yang ingin dilafazkannya bagaikan tersekat. Biarlah…tunggu masanya nanti. Zarul mengeluh. Dilarikan pandangannya yang melekat diwajah Farina sejak tadi. “Zarul!” Farina memukul belakang Zarul dengan fail ditangannya. “Apasaja yang kau tengah fikirkan ni? Buat orang nak tau je. Angan-angan je kerja dia.” “Aah! Patah tulang belakang aku! Ayang ni memang tak habis-habis menyeksa!” Zarul “Apa ayang-ayang?! Geli telinga aku dengar.” Farina memukul badan Zarul bertalu-talu. Terjerit-jerit Zarul dibuatnya. Niara “Eh, eh! Sudahlah! Orang lain nampaklah! Kalau nak beromantik-romantik pun bukan sini tempatnya,” tegur Niara separuh mengusik. “Siapa pulak yang romantik-romantik ni ha?!” Wajah Farina semakin keruh. Dahinya semakin berkerut dan muncungnya semakin panjang. “Hai semua!” sapa Erisa yang muncul dari belakang mereka bertiga diikuti oleh Zira. Kemudian dia sedar wajah nakal Zarul dan Niara dan wajah masam Farina. “Kenapa, Far?” “Ni ha! Zarul ni!” “Apa yang Zarul buat?” “Tak ada apa-apalah, Ris. Aku usik je si Far ni, lepas tu merajuk. Manja!” “Grr!” rungut Farina lalu menumbuk tangan Zarul. “Bengkaklah agaknya tangan aku nanti!” “Alahai…kesian tangan you, Zarul. Teruklah you ni, Farina,” sampuk Zira yang sedari tadi menampal mukanya dengan bedak. “Okey ke tangan you, Zarul?” Zira “Sudahlah korang berdua ni! Peace! Peace!” sampuk Niara sebelum Farina sempat membalas. Letih sudah dirinya tengok dua orang temannya yang tak serik-serik bergaduh. “Yalah! Nanti aku kahwinkan korang berdua ni!”gurau Erisa. “Eh, dah nak masuk kelas ni! Okey, bye!” ujar Zarul lalu pergi dari situ. “Bye,” balas Farina, Erisa dan Niara hampir serentak. “Bye, Zarul,” ucap Zira sambil mengenyit matan ya. Zarul hanya tersenyum paksa. Zarul menarik nafas lega setelah berasa selamat dari Zira. Sejak Zira ada tadi, dia seolah-olah sesak nafas. Kalau dilihat dengan mata kasar, Zira memang cantik. Tapi entah kenapa hatinya langsung tak tertarik. Mata hatinya mengatakan Farina lah yang paling cantik walau apapun baginya. Senyumannya semakin lebar. “Zarul!” Terkejut Zarul apabila namanya dipanggil. Segala lamunanya pecah oleh suara itu. Matanya meliar mencari suara itu. Ha, tu dia budak bertuah yang memanggilnya tadi! “Hei, Ashman! Apa kau nak ha?” tanya Zarul dengan nada geram. “Potong stim betul lah kau ni!” “kenapa kau ni? Aku baru muncul dah kena bom! Tak bersebab pulak tu! Sudahlah! Aku jalan sendiri sajalah!” “Kau ni…orang sekadar melepaskan geram pun nak marah!” “Kalau ya pun, kenapa aku yang kena? Macamlah tak ada orang lain!” rungut Ashman. Zarul memandang ke kawasan disekitarnya. Lapang. Seorang penuntut pun diorang tak jumpa. “Memang tak ada orang lain pun!” Ashman turut melihat disekelilingnya. “Yalah, kenapa agaknya?” Sekali lagi matanya meliar. Tiba-tiba dia ternampak seorang penuntut yang berlari-lari masuk ke kelas. Itulah! Lambat masuk kelas lagi! Sempat Ashman memarahi penuntut itu didalam hati. Tiba-tiba dia tersedar. Pandangannya bertaut dengan pandangan Zarul. “Kelas!” ucap kedua-duanya serentak. Masing-masing mula berlari. “Ini semua kau punya pasallah!” kata Zarul sambil tercungap-cungap. “Aku punya pasal?! Mana ada!” “Mestilah kau punya pasal! Kalau kau tak tahan aku tadi tak adalah kita lambat masuk kelas!” “Bila pula aku tahan kau? Aku tegur kau je!” “Sama jelah!” Ashman yang sedang bertekak dengan Zarul tidak sedar ada orang yang melintas didepannya. Tanpa dapat menahan dirinya, buku-buku yang dipegang oleh si pelintas pun bertaburan. “Hoi! Apa ni! Buta ke hah?! “Eh, Ris, Zira! T-Tak masuk kelas lagi?” tegur Zarul dengan nafas yang turun naik. Sebelum apa-apa terjadi, baik dia menghalang dulu. Dari sinaran mata Erisa, memang nampak dia marah sangat. “Nak pergilah ni. Tapi mamat buta ni langgar aku!” Erisa menunjuk Ashman yang membuat Ashman tidak selesa. “Wei! Apa tunjuk-tunjuk orang ni ha?!” “Zarul, memang I nak pergi. Tapi Erisa ni lambat!” “Eh! Siapa yang lambat tadi? Siapa yang di dalam tandas touch-up dari tadi?” Perhatian Erisa beralih dari Ashman ke Zira. Hatinya semakin panas. “Ah…Ashman pun ada! Hai!” Zira menyapa Ashman dengan senyuman menggoda. “Dia kenal kau?” bisik Zarul kepada Ashman. “Kau kenal dia?” tanya Erisa kepada Zira. “Memanglah kenal! Dah sekelas! Apalah kau ni, Ris!” “Kau suruh dia minta maaf dengan aku!” Sengaja Erisa melantangkan suara agar Ashman dapat mendengar. Tepat jangkaannya. Ashman berpaling menghadapnya. “Aku? Minta maaf? Dengan kau? Seorang perempuan? No way! ” Ashman terus berpaling untuk pergi. ”Jom, Rul! Dah lewat ni! ” “Hoi! Nak kemana tu? Urusan aku dengan kau belum selesai!” “Apa lagi kau nak, hah?!” “Langgar orang sesuka hati! Lepas tu, lari sesuka hati! Memang tak patut!” “Memanglah lari sesuka hati, ini kaki akulah. Tak payah tunggu arahan sesiapa!” “Grr…oh! Melawan eh!” “Dah! Dah! Korang berdua ni memanglah! Jom! Tadi kau juga yang nak cepat!” Zarul menarik beg Ashman. Baru pertama kali bertemu, dah gaduh! Lebih teruk dari anjing dan kucing. Zarul mendengus. Dia pula yang naik bengang. “Woi! Jangan lupa kau masih hutang dengan aku!” jerit Erisa. Tetapi Ashman tidak sempat membalas sebab Zarul menariknya dengan lebih kuat. “Okey, bye, Ris, Zira!” lambai Zarul. Erisa tidak membalas. Hanya dipandangnya dengan pandangan tajam. “Bye, Zarul, Ashman,” balas Zira dengan kenyitan matanya. Erisa memandang Zira. Geram kerana Zira hanya mendiamkan diri. “Kenapa kau tak tolong aku tadi?” “Aku ingat kau boleh tolong diri sendiri tadi!” “Tak guna punya kawan! Sudahlah! Jom masuk kelas.” SETELAH habis dileter oleh prof. mereka, Ashman dan Zarul pun melepak di café kolej itu. “Yang ni betul-betul kau punya pasal!” rungut Zarul sambil menyandarkan badannya ke kerusi. “Aku? Yang kau asyik salahkan aku saja kenapa?”ujar Ashman, “Yalah, sebab kau yang berperang dengan Erisa tu! Kau tengok telinga aku ni, pedih sangat aku mendengar bebelan prof. kita tu!” “Erisa? Erisa mana pulak?” “Ya Allah! Kau ni! Classmate sendiri pun kau tak kenal! Erisa yang kau langgar lalu bergaduh tu.” Zarul menepuk dahi. Teruk betullah budak ni! “Aku langgar dia?” “Yalah! Siapa lagi? Hantu?” “Maybe…” Ashman mengangkat bahu. “Jangan nak mengelaklah! Memang jelas di mata aku, kau yang langgar!” Ashman hanya diam membatu. Zarul menyambung, ”kau tak nak minta maafkah?” “Aku?” Ashman menunjuk batang hidungnya. “Yalah.” “Kenapa aku?” “Sebab kau yang langgar dia.” “Mana ada!” “Tak nak mengakulah pulak!” “Kau nak tahu apa jawapan aku?” “Apa?” “Ni,” jawab Ashman lalu menjelirkan lidahnya. “Kau ni!” Zarul menumbuk bahu Ashman. “ “Aku tak nak lah!” “Teruk betullah kau ni! “Yalah! Yalah! Aku “Hah! Bagus! Baiknya hati kau!” Zarul menepuk belakang Ashman. Zarul membayangkan macam mana Ashman akan meminta maaf nanti. Terkeluar ke tak suara dia! “Memanglah aku baik hati! Lagipun, supaya kau tak melutut di depan aku, jadi aku setujulah!” “Mimpilah kau! Takkan aku nak over sampai macam tu pula! Jom! Aku nak balik ni! Kau ikut tak?” “Mestilah! Takkan aku nak jalan kaki!” “Kereta sorong ada,” gurau Zarul. “Malaslah! Terlampau perlahan. Dah tu kena sorong sendiri pula tu.” “Banyak komplain! Orang acah jelah!” “Aku tahu! Aku pun acah je.” SEMENTARA Zarul mengeluarkan kereta dari parking, Ashman sibuk mencari stesen radio yang sesuai. Tiba-tiba badannya terhenjut ke hadapan apabila Zarul membrekkan keretanya dengan tiba-tiba. “Apahal ni?! Tiba-tiba je!” tengking Ashman. “ “Woi! Tak berlesen ke ha?! Atau tak bermata?!” Ashman menengking. Tiba-tiba seorang perempuan keluar dari kereta itu. Zira! Kau lagi! Letih aku tengok muka kau ni! Rungut Ashman dalam hati. “Ashman, hai! Sorry lah, I tak sengajalah. You tak marah “Tak marah apa? Kereta kawan aku sikit lagi penyek kena kereta kau!” Wajah Zira sedikit berubah. Berani pulak jantan ni tengking aku. Alright! Jenis yang paling aku suka. Zira tersenyum memandang Ashman. Pintu di penumpang bahagian depan keretanya dibuka. Terjengullah wajah Erisa yang menyinga. “Woi! Apa ni! Marah orang sesuka hati! Tak sedar diri!” tengking Erisa kepada Ashman. “Aku masih sedar! Lagipun tak ada orang yang pengsan kat sini!” “Ashman! Ashman! Jomlah balik! Tak ada apa-apa yang rosak pun.” Akhirnya Zarul mengambil keputusan untuk menyampuk. Hmm…lama sudah dia tidak nampak Ashman marah macam ni. Sekali lagi Zarul terpaksa melerai pergaduhan ini sebelum perang sebenar terjadi. Dia membayangkan Ashman dan Erisa dalam pakaian perang dan membom kawasan musuh masing-masing. Hancurlah kolej ni nanti! Zarul tertawa. “Zarul! Cepatlah! Sakit telinga aku ni ha! Bising betul minah seorang ni! Jom!” jerit Ashman yang sudah berada dalam kereta. “Hey! I’m not finished with you yet!” jerit Erisa. “Ris, sudahlah tu. Nak berperang sediakan dulu barang-barangnya.Tapi jangan bawa aku. Nanti rosak muka aku, tak ada sesiapa yang nak.” “Memang tak ada orang yang nak kau pun!” Erisa melempiaskan rasa marahnya kepada Zira. “Celaka punya lelaki! Tak sedar diri! Bodoh! Tolol! Kurang asam!” rungut Erisa. “Hello semua! Tak balik lagi ke?” sapa Farina sambil melambai mereka. Zira hanya membalas lambaian mereka tanpa menjawab soalannya. Manakala Erisa hanya memandang mereka. “Kenapa ni, Ris? Moody je nampak,” tanya Niara yang melihat Erisa yang tak memberi sebarang reaksi. “Dia bergaduh tadi! You all cubalah pujuk dia. Letih I pujuk dia,” jawab Zira bagi pihak Erisa. “Far, kau tukang pujuk yang handal. Kau pujuklah dia,” cadang Niara. “Kau temankanlah aku. Nanti dia mengamuk lagi. “Oklah.” Beriringan mereka berjalan menuju kearah Erisa yang sedang bersandar ke kereta. “Hai!” sapa Farina dengan suara yang ceria. “Hmm…hai,” balas Erisa acuh tak acuh. “Apahal kau marah-marah ni?” tanya Niara dengan lembut. “Tu ha! Lelaki yang selalu dengan Zarul tu! Rasa macam nak cekik-cekik je! Geram betul aku! Argh!” ujar Erisa sambil membuat aksi mencekik orang. “Wei, sabarlah, kawan!” Niara mengusap-usap bahu Erisa. “Kenapa pula kau geram dengan si Ashman tu?” “Ashman? Siapa Ashman?” Dahi Erisa berkerut. “ “Lelaki yang selalu sama Zarul tu, yang rambut spiky dan tinggi tu?” beritahu Farina apabila Erisa menggeleng tidak tahu. “Yang tu kot.” Erisa mengangkat bahu. “By the way, kau belum bagitahu kami lagi kenapa kau geram dengan Ashman.” “Kau nak tahu? Dia langgar aku! Lepas tu tak nak minta maaf pulak tu!” “Oh…ingatkan apa! Itu rupanya. Perkara kecil je. Sabarlah. Dia memang macam tu! Aku tahu.” Farina teringat kembali kepada suatu insiden yang membawa dia dan Ashman kepada pergaduhan yang agak teruk. Tapi nasib baik Farina seorang pemaaf, jadi dia pun maafkan walaupun Ashman tidak pernah minta maaf. Ashman pun masa ni sudah okey dengan dia. Tapi, okey gitu-gitu jer. “Kau jangan bimbang. Memang dia macam tu, tapi bila dah lama, okeylah tu.” “Yalah tu!” “Begini…Minggu depan memandangkan banyak masa free, aku nak bawa si Farina ni shopping, tapi masih tengah fikirkan dimana nak shopping, nak ikut tak?” “Shopping? Okey! Bagus! Dah lama aku tak shopping. Aku ada satu tempat yang korang pasti suka!” Erisa sudah kembali ceria. “Okey. Kau tak nak ajak Zira ke?” tanya Farina. “Yalah…lupa pulak aku. Zira, kau nak ikut kami tak minggu depan?” Erisa berharap Zira setuju. Sudah lama mereka tak keluar bersama. “Minggu depan?” Zira memandang wajah Erisa. “Sorry, minggu depan aku full schedule dengan dates. Tak macam you all.” “Oh…tak apalah.” Suara Erisa ada terselit bunyi kecewa. Eleh, sekurang-kurangnya aku dating pun dengan seorang lelaki je, tak macam kau, asyik berpindah-pindah, desis hati Erisa. Kemudian dia berpaling kepada Farina dan Niara. “Okey! Jangan lupa tau! Aku nak balik ni! Jom, Zira!” “Okey, bye! Jangan kau yang lupa!” Setelah Farina dan Niara berlalu pergi, Erisa terus masuk kedalam kereta Zira. “Jadi ke tak kau hantar aku balik ni?” tanya Erisa kepada Zira yang entah sejak bila mula bergayut di telefon bimbitnya. “Yalah, yalah!” kata Zira lalu masuk dan menyambung perbualannya tadi. “Hello..ah! Sorry, honey, kawan I kacau tadi! Ah, ye ke?” Zira tergelak. Erisa hanya memerhatikannya. Teruknya! “Dah! Dah! Tukar tempat duduk! Aku jelah yang drive!” rungut Erisa. Tanpa berfikir panjang, Zira terus keluar untuk pindah tempat. Geram betul Erisa kepada Zira sebab belum memulakan perjalan kerana melayan kekasihnya yang entah keberapa. Tiba-tiba, rasa geram dan benci terhadap Ashman timbul kembali. Dia tidak akan memaafkan Ashman selagi dia tidak minta maaf! 2 A SHMAN memerhatikan Zarul yang masih dibuai mimpi. Petang-petang pun nak tidur! Tadi janji nak jogging! Memang tak ingat atau buat-buat tak ingat? Entah-entah pura-pura tidur. Ashman menggerakkan badan Zarul sambil melaung-laung namanya. Tak ada respon. Tak sedar lagi ke? Ashman lalu mengambil kusyen sofa. “Rul! Rul! Bangunlah! Jogging! Cepat!” Ashman memukul dengan lebih kuat. Badan Zarul menggeliat. Akhirnya, setelah berbagai usaha yang dilakukan, Zarul membuka separuh matanya. “Jogging! Jom!” Ashman membaling kusyen yang digunakannya untuk memukul tadi kepada Zarul. Zarul duduk perlahan-lahan. “Kacau betul lah kau ni! Orang baru nak rehat seminit dua pun tak dapat!” rungut Zarul. “Rehat seminit dua apa! Kau tu dah berdengkur hampir sejam!” “Hah? Betul ke?” Tak terasa pula oleh Zarul. Begitu lama ke dia tidur? Rasanya tak sampai “Betullah! Ingat aku tak tahu tengok masa ke? Dah! pergi basuh muka!”